← Back to list
Sukan SEA Hanoi : Nur Dhabitah Hadiahkan Emas Pertama Negara.
May 09, 2022
Nur Dhabitah Sabri berharap kejayaannya raih pingat emas pertama buat Malaysia semalam mampu melonjakkan semangat atlet lain pada Sukan SEA Hanoi.
Atlet terjun kebangsaan itu akui gembira selepas berjaya raih emas menerusi acara 1 meter papan anjal individu wanita.
Rakan sepasukannya, Kimberly Bong pula rangkul pingat perak bagi acara sama.
Sementara itu, Ooi Tze Liang - Chew Yi Wei raih pingat emas bagi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.
Gandingan terjun kebangsaan itu sekaligus berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi mereka pada edisi lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi