← Back to list
Team Sapura Cycling kuasai peringkat pertama TDS 2019
Dec 18, 2019
Foto - Tour de Selangor
Pelumba Team Sapura Cycling, Marcus Culey dari Australia sambar tiga jersi pada peringkat pertama jelajah berbasikal Tour De Selangor 2019.
Culey yang menjuarai perlumbaan dari Pulau Indah ke Batang Kali itu meraih Jersi Kuning Pendahulu Keseluruhan, Jersi Hijau Raja Pecut dan Jersi Polka Dot Raja Bukit.
Foto - Tour de Selangor
Jersi Putih Pelumba Muda Terbaik pula jadi milik Nur Aiman Mohd Zariff juga dari pasukan Team Sapura Cycling.
Nasib dalam pada itu tidak menyebelahi Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan Amskin Racing Club apabila gagal menamatkan perlumbaan pada penampilan pertamanya.
Foto - Twitter @TeamMsia
Ia sekaligus menyaksikan bekas pelumba MotoGP itu bersama lapan lagi pelumba tidak akan memulakan kayuhan peringkat kedua, esok.
Peringkat kedua Tour de Selangor akan bermula pukul 11 pagi esok dari Sungai Buloh ke Kajang membabitkan jarak keseluruhan 159.4 kilometer.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi