← Back to list
Tempoh pendaftaran pemain Liga-M dilanjut
Feb 13, 2021
Tempoh pendaftaran pemain Liga-M dilanjut
Foto - Malaysian Football League
FIFA benarkan tempoh pendaftaran pemain pasukan Liga Malaysia yang sepatutnya tamat semalam dilanjutkan seminggu lagi sehingga 19 Februari ini.
Menurut MFL, lanjutan itu dibuat berikutan beberapa kekangan dalam tempoh COVID-19 dihadapi pasukan terutama melibatkan pendaftaran pemain import.
Pihaknya berharap pasukan menggunakan tempoh lanjutan itu sebaik mungkin memandangkan selepas ini tiada lagi tempoh lanjutan boleh diberikan FIFA.
-----
Pasukan Liga-M dinasihat belanja ikut kemampuan
Foto -
Pengurusan kelab bola sepak di negara ini dinasihatkan agar berbelanja mengikut kemampuan berdasarkan peruntukkan yang diperoleh.
Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, langkah itu penting bagi mengelah masalah kewangan terutama sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
Beliau turut menyarankan agar pengurusan kelab mencari sumber kewangan lebih kukuh dan tidak bergantung sepenuhnya kepada penajaan.
-----
THT 'berkampung' di Bukit Jalil
Foto - Terengganu Hockey Team
Terengganu Hockey Team akan 'berkampung' di Bukit Jalil bermula 26 Februari ini untuk meneruskan sesi latihan menjelang Liga Hoki Malaysia.
Jurulatihnya, K Rajan berkata, tempoh latihan itu penting untuk membentuk keserasian pemain kerana perlawanan sebenar hanya berbaki kurang sebulan.
Ia juga memudahkan THT untuk mengatur beberapa perlawanan persahabatan kerana majoriti pasukan menyertai kejohanan juga berpusat di Lembah Klang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi