← Back to list
Terengganu Turtles mahu COVID-19 reda dahulu
Mar 23, 2020
Terengganu Turtles mahu COVID-19 reda dahulu
Foto - Teganukita
Terengganu Turtles sambut baik keputusan Persatuan Sepaktakraw Malaysia yang ingin meneruskan Liga Sepaktakraw Malaysia, Ogos depan.
Namun, ketua jurulatihnya, Futra Abd Ghani berharap, biarlah penularan wabak COVID-19 ini reda dahulu sebelum STL diteruskan.
Lagipun katanya, kemeriahannya kurang jika dilangsungkan secara tertutup malah pemain mungkin tidak fokus kerana bimbang.
-----
IOC tidak pernah berhasrat batalkan Olimpik Tokyo
Foto - Reuters
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak pernah berhasrat membatalkan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung Julai depan.
Sebaliknya IOC menegaskan, penangguhan temaysa itu antara pilihan yang dipertimbangkan akibat penularan wabak COVID-19.
Presiden IOC, Thomas Bach berkata, keputusan berkenaan tarikh baharu Olimpik 2020 akan dibuat dalam tempoh empat minggu ini.
-----
GP Azerbaijan mangsa terbaru COVID-19?
Foto - Formula One
Azerbaijan dijangka umumkan penangguhan perlumbaan F1 di ibu negaranya, Baku yang dijadual berlangsung 7 Jun ini.
Pandemik COVID-19 di serata dunia terdahulu memaksa tujuh perlumbaan pertama musim ini dibatal atau ditangguhkan.
Penundaan F1 itu meninggalkan Baku tanpa penganjuran acara sukan utama tahun ini selepas Kejohanan Euro 2020 ditunda ke tahun depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi