← Back to list
Terserah Kepada AFC - FAM
May 07, 2021
FAM menyerahkan kepada AFC untuk buat keputusan terbaik berhubung laporan Korea Utara menarik diri daripada kelayakan Piala Dunia 2022.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata tindakan Korea Utara itu akan memberi kesan yang besar kepada semua pasukan yang bertanding.
Jelasnya berkemungkinan keputusan semua perlawanan menentang pasukan tercorot kumpulan tidak akan diambil kira pada pusingan kelayakan tersebut.
Difahamkan, Korea Utara berhasrat untuk menarik diri daripada saingan kelayakan Piala Dunia kerana bimbangkan keselamatan pemainnya ekoran pandemik COVID-19.
Sementara itu, Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa lupakan hasrat beraksi untuk skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022.
Penyerang Selangor itu alami kecederaan ketika berdepan Sri Pahang baru-baru ini yang memaksanya berehat antara 6 hingga 8 minggu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi