← Back to list
Valentino Rossi hampir pasti milik Petronas Yamaha SRT
Jul 28, 2020
Valentino Rossi hampir pasti milik Petronas Yamaha SRT
Foto - Petronas Yamaha SRT
Petronas Yamaha SRT dijangka memuktamadkan penyertaan Valentino Rossi dalam pasukan MotoGP berpengkalan di tanah air itu pada GP Styria, 23 Ogos depan.
Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya sedang memuktamadkan perjanjian dengan skuad utama Yamaha berhubung penyertaan juara dunia MotoGP tujuh kali itu.
Rossi dikhabarkan sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili pasukan satelit Yamaha berkenaan selepas Fabio Quartararo sah sertai pasukan utama Yamaha, musim depan.
-----
Bekas CEO mahu SIC jadi venue terakhir MotoGP
Foto - Berita Harian
Bekas CEO Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali berharap agar SIC dijadikan venue pusingan terakhir dalam kalendar perlumbaan MotoGP musim ini.
Katanya perlumbaan di Sepang akan lebih menarik dengan kedudukan pasukan MotoGP tanah air, Petronas Yamaha SRT sedang memburu kejuaraan dunia.
Status GP Malaysia, Argentina serta Thailand masih jadi tanda tanya selepas kalendar perlumbaan musim ini dirombak susulan pandemik COVID-19.
-----
Stadium Darul Makmur terima sijil sanitasi KKM
Foto - Shutterstock
Venue rasmi pasukan Liga Super, Pahang, Stadium Darul Makmur terima sijil perakuan proses sanitasi dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Proses sanitasi itu turut babitkan 15 bilik dan dewan termasuk sepanjang laluan keluar dan masuk pemain serta pegawai dalam bangunan stadium.
Perbadanan Stadium Darul Makmur berkata, ia merupakan antara langkah pencegahan wabak Covid-19 sebelum Liga-M bersambung semula, bulan depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi