← Back to list
Selangor FC Hantar Rayuan
Jul 01, 2024
Selangor FC sudah hantar surat rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk dipertimbangkan semula hukuman terhadap mereka.
Terdahulu, MFL kenakan 4 bentuk hukuman termasuk denda RM100,000 susulan pasukan itu tidak hadir pada aksi Piala Sumbangsih menentang JDT, Mei lalu.
MFL kemudian buat pusingan 'U' antaranya mengurangkan denda kepada RM60,000 dan membatalkan pemotongan 3 mata.
---
FAM mengumumkan Pestabola Merdeka 2024 akan dilangsungkan pada September nanti di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Selain skuad Harimau Malaya, 3 pasukan lain yang telah sahkan penyertaan bagi edisi kali ini ialah juara bertahan Tajikistan, Lubnan dan Filipina.
---
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) secara dasarnya tetuju terima tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) bagi jadi tuan rumah sulung Piala Asia 2025.
Namun Presiden PSM berkata, ada beberapa faktor yang perlu diperhalusi terutama berhubung dana .
Pihaknya juga akan bincang tarikh yang sesuai bagi kejohanan itu dengan mengambil kira pandangan KBS dan Pesuruhjaya Sukan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi