← Back to list
Malaysia raih pingat pertama Sukan Olimpik Tokyo!
Aug 01, 2021
Badminton teruskan tradisi menyumbang pingat pada Sukan Olimpik!
Malaysia raih pingat pertama pada Sukan Olimpik Tokyo!
Pingat gangsa tersebut disumbangkan oleh acara badminton menerusi gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Mereka bangkit daripada ketinggalan 1 set untuk tumpaskan pilihan kedua temasya, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dalam pertarungan 3 set.
Ia sekaligus menyaksikan skuad badminton negara meneruskan tradisi meraih pingat sejak temasya di Beijing pada 2008.
---
Nur Dhabitah tekad buat yang terbaik
Nur Dhabitah Sabri akan manfaatkan segala ilmu yang dimiliki pada aksi final acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo hari ini.
Atlet berusia 22 tahun itu beritahu Nadi Arena, dia hanya ingin kalahkan dirinya sendiri dalam usaha untuk menjadi lebih baik.
Semalam, Dhabitah menamatkan aksi separuh akhir acara berkenaan di kedudukan ke-6 daripada 12 penerjun yang mara ke final.
---
JDT kukuhkan kedudukan di persada Liga Super!
Bergson da Silva jaringkan hatrik untuk bantu JDT belasah Perak 5-0 pada aksi Liga Super.
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan itu mendahului saingan dengan 9 mata ke atas pencabar terdekatnya, Terengganu yang akan berdepan Sabah malam ini.
Aksi lain berkesudahan,
Melaka United jaringkan gol pada waktu kecederaan untuk seri 1 sama dengan tuan rumah, Kuala Lumpur City,
Dan, Selangor benam Penang 4-1.
Sementara itu, N. Sembilan kembali ke persada Liga Premier apabila belasah Perak II 5-0.
Dalam satu lagi aksi, Terengganu II tumpaskan tuan rumah, Kelantan 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi