← Back to list
Olimpik Paris: Kem badminton hampiri buruan emas!
Aug 02, 2024
Skuad badminton negara teruskan misi memburu pingat pada Sukan Olimpik Paris hari ini.
Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah akan berdepan beregu nombor satu dunia dari China pada aksi separuh akhir petang ini.
Turut beraksi pada pusingan separuh akhir ialah beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan berdepan gandingan China.
Manakala jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia bakal bertemu pemain nombor tiga dunia, Anders Antonsen dari Denmark pada peringkat suku akhir.
Anda boleh saksikan perlawanan itu secara langsung di aplikasi dan laman web Syok! S-y-o-k!
__
Pemanah wanita negara, Nurul Azreena tersingkir pada pusingan pertama acara recurve individu selepas tewas kepada wakil Turkiye.
Keputusan itu menyaksikan cabaran keseluruhan kem memanah negara di Paris terhenti.
__
Dalam aksi Liga Super berkesudahan...
Penang raih kemenangan pertama di laman sendiri selepas belasah Kelantan Darul Naim 3-0 pada aksi Liga Super malam tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi