← Back to list
Kontinjen negara mampu tambah kutipan pingat!
Aug 03, 2021
Tugas menambah kutipan pingat Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini disandarkan kepada 5 lagi atlet negara.
Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom akan mula beraksi dalam acara berbasikal trek esok dengan harapan sekurang-kurangnya 1 pingat dapat diraih dalam acara tersebut.
Tumpuan juga akan diberikan kepada 2 penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang akan beraksi dalam acara 10 meter platform individu wanita yang juga akan bermula esok.
Seorang lagi atlet ialah Kelly Tan yang akan beraksi dalam acara golf namun dia dijangka berdepan tugas sukar untuk meraih pingat.
Malaysia telah meraih 1 gangsa di Tokyo menerusi gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi