← Back to list
Penyokong bakal kembali ke stadium tidak lama lagi
Mar 09, 2021
Peminat bola sepak tempatan mungkin akan dibenarkan kembali ke stadium tidak lama lagi.
Kementerian Belia dan Sukan bersama MFL bakal beri usul 'protokol pengurusan penonton' kepada Majlis Keselamatan Negara dalam usaha memberi kelonggaran kepada penonton menyemarakkan saingan Liga Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican berkata pihaknya dijadual berbincang dengan MFL berhubung perkara tersebut pada Khamis ini dan akan diusulkan kepada MKN minggu depan.
Jelasnya, untuk peringkat awal kira-kira 10 peratus daripada kapasiti stadium atau 4 ribu penyokong dicadang untuk dibenarkan masuk.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi