← Back to list
Liga Super: Perak lawan JDT 10 November
Oct 11, 2024
MFL umum perlawanan Liga Super antara Perak dan JDT yang ditunda sebelum ini ke tarikh baharu iaitu pada 10 November depan.
Perubahan itu turut menyaksikan tarikh perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung awal bulan depan ke hujung bulan November.
Terdahulu, perlawanan minggu 9 Liga Super terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai akibat hujan lebat.
__
Beralih ke saingan Liga Premier STL GP Perak,
Terengganu Turtles muncul juara Kumpulan B selepas raih dua kemenangan berturut-turut berdepan Negeri Sembilan dan Kelantan Warriors.
Ini menyaksikan Terengganu Turtles mara ke pusingan kalah mati yang akan bermula esok.
Aksi lain berkesudahan, Johor Tigris tewaskan Bomba Fighters 2-0.
__
BAM belum buat keputusan mengenai pelantikan ketua jurulatih baharu yang sepatutnya diumumkan hari ini.
Pemangku Presidennya, Datuk V. Subramaniam berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenainya sebaik keputusan dibuat.
__
Dan juara bertahan Lee Zii Jia antara enam wakil negara yang akan meneruskan cabaran pada pusingan suku akhir kejohanan badminton Terbuka Finland hari ini.
Ikuti aksi Terbuka Finland secara langsung sekarang di Astro saluran 814!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi