← Back to list
Michael Carrick Bersama Man U Hingga Akhir Musim
Jan 14, 2026
Michael Carrick sah menjadi pengendali sementara Manchester United.
Bekas pemain tengah The Red Devils itu akan mengendalikan pasukan sehingga akhir musim susulan pemecatan Ruben Amorim baru-baru ini.
Ini merupakan kali kedua Carrick mengendalikan United dan tugas pertamanya kali ini ialah perlawanan Manchester derby pada aksi EPL hujung minggu ini.
.....
Antoine Semenyo menjaringkan 1 gol untuk bantu Manchester City tewaskan Newcastle 2-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala EFL.
Keputusan itu membolehkan skuad The Citizens bawa bekalan selesa pada aksi timbal balik yang dijadual Februari ini.
.....
Aksi Liga Super malam tadi menyaksikan,
Kelantan The Real Warriors tewaskan Sabah 3-2 untuk raih kemenangan ke-4 liga musim ini.
Manakala Terengganu raih kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab Brunei, DPMM FC.
.....
Dan beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei akan memulakan aksi negara pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India hari ini.
Turut akan beraksi ialah 9 lagi wakil negara termasuk beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah.
Semalam, 3 wakil Malaysia termasuk beregu lelaki, Man Wei Chong – Tee Kai Wun sudah layakkan diri ke pusingan kedua.
Ikuti secara langsung Terbuka India bermula 12.30 tengah hari di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi