← Back to list
Endrick, Josue Perkasa Harimau Malaya
Mar 14, 2023
Kapten KL City, Paulo Josue dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim, Endrick dos Santos antara muka baru dipanggil sertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Johor Bahru bermula Sabtu.
Ia sebagai persiapan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Turkmenistan dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada 23 dan 28 Mac ini.
Selain Endrick dan Josue, jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon turut memanggil pemain kacukan Finland-Malaysia berusia 20 tahun, Nooa Laine.
Seramai 27 pemain dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini dengan sebelas daripadanya merupakan pemain Johor Darul Ta'zim.
Tiga belas pemain pula diletakkan dalam senarai bersedia termasuk Safawi Rasid (Ratchaburi FC), Mohamadou Sumareh (Johor Darul Ta'zim), Lee Tuck (Kedah Darul Aman) dan Sergio Aguero (Sri Pahang).
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi