← Back to list
Paris 2024: Beregu nombor satu dunia cabaran Aaron-Wooi Yik di peringkat kumpulan
Jul 15, 2024
Beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal berdepan tugas yang agak mudah pada saingan Sukan Olimpik Paris.
Ini selepas gandingan itu diundi dalam kumpulan A bersama pilihan utama dari China
Tetapi selain itu, mereka juga akan bertemu pemain dari Great Britain dan Kanada.
Acara badminton beregu lelaki itu akan berlangsung dari 27 Julai hingga 5 Ogos ini.
__
Datuk Azizulhasni Awang sedia pamer aksi cemerlang pada temasya Sukan Olimpik Paris.
Jaguh berbasikal trek negara itu sudah berada pada tahap terbaik terutamanya dari segi kekuatan mentalnya.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan kelimanya di temasya terbesar itu.
__
Argentina cipta sejarah apabila merekodkan kemenangan Copa America kali ke-16.
Ini selepas pasukan itu tewaskan Colombia 1-0 pagi tadi.
Rekod itu juga menyaksikan Argentina mengatasi Uruguay yang mencatatkan 15 kemenangan setakat ini.
__
Dalam pada itu, bintang Argentina, Lionel Messi cipta sejarah menjadi pemain bola sepak paling berjaya apabila menang sebanyak 45 trofi bersama kelab dan negara.
Messi berjaya mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh pemain Brazil, Dani Alves.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi