← Back to list
CAFA Kecewa Harimau Malaya Tarik Diri
Jul 17, 2025
Tiada perubahan jadual saingan Piala Negara-Negara CAFA 2025.
Itu kata-kata Persatuan Bolasepak Asia Tengah selepas skuad Harimau Malaya sah tarik diri daripada menyertai kejohanan itu.
Pihaknya akui kecewa dengan keputusan saat akhir Malaysia itu bagaimanapun akan terus komited memastikan kejohanan itu berjalan lancar.
Terdahulu, ketua jurulatih, Peter Cklamovski berkata Harimau Malaya terpaksa ambil keputusan sukar itu kerana beberapa kekangan ekoran kejohanan itu dianjurkan di luar jadual FIFA.
.....
8 wakil negara termasuk beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun hari ini.
Ikuti secara langsung Terbuka Jepun sekarang di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Lamine Yamal kini menyarung jersi nombor 10 skuad Barcelona yang pernah jadi milik Lionel Messi.
Ini sebagai penghargaan atas prestasi cemerlangnya musim lalu yang menjaringkan 18 gol dan 25 bantuan jaringan untuk bantu Barca menjuarai La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.
.....
Dan, Jude Bellingham dijangka terlepas 6 minggu pertama saingan musim depan selepas selesai jalani pembedahan ekoran kecederaan bahu yang dialaminya.
Bellingham akan menjalani pemulihan sebelum kembali berlatih bersama Real Madrid.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi