← Back to list
Zii Jia tepati ramalan, 5 lagi wakil negara mara
Mar 18, 2021
6 wakil negara mara ke pusingan kedua badminton All England!
Foto: Stadium Astro
Perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia tumpaskan wakil Kanada dengan straight set, 21-13 dan 21-10.
Pemain pilihan ke-6 kejohanan itu juga merupakan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki selepas Liew Daren tersingkir pada pusingan pertama.
Foto: Stadium Astro
Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin Teo Ee Yii turut mara selepas tewaskan lawan masing-masing dalam acara beregu lelaki.
Acara beregu campuran juga menyaksikan 2 wakil negara teruskan kemaraan iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang singkirkan wakil tuan rumah dalam penentuan rubber game.
Pearly Tan-M. Thinaah pula cipta kejutan pada penampilan pertama mereka pada All England!
Ini selepas mereka singkirkan wakil Thailand yang merupakan pilihan ke-4 kejohanan dengan straight set untuk mara ke pusingan kedua.
Manakala cabaran negara dalam acara perseorangan wanita berakhir selepas Soniia Cheah dan S. Kisona tewas straight set kepada lawan masing-masing pada pusingan pertama.
Sementara itu, BWF sahkan telah arahkan Indonesia untuk tarik diri daripada kejohanan itu.
Ini selepas skuad badminton Indonesia itu dikesan berada dalam pesawat yang mempunyai kes positif COVID-19 ketika tiba di UK.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi