← Back to list
Terbuka Jepun: Goh Sze Fei-Nur Izzudin mara
Jul 18, 2025
Goh Sze Fei – Nur Izzudin mara ke suku akhir Badminton Terbuka Jepun.
Beregu lelaki normbor satu dunia itu tewaskan wakil tuan rumah dengan straight set.
Turut mara ialah 6 lagi wakil negara termasuk beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah yang tewaskan gandingan Chinese Taipei.
Ikuti secara langsung Terbuka Jepun bermula 9 pagi di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Dalam perkembangan lain, Presiden BAM dijangka bentang hala tuju strategik sukan badminton negara menjelang Ogos ini.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut tegaskan kepentingan faham situasi semasa sebelum tetapkan matlamat jangka panjang itu.
.....
Faliq Firdaus optimis Joseph Esso mampu galas tugas sebagai penggempur utama Negeri Sembilan untuk saingan Liga Super musim depan.
CEO NSFC itu berkata ia berdasarkan rekod baik penyerang itu bersama kelab terdahulunya selain pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Ghana.
Esso berhijrah dari Dreams FC dalam saingan Liga Premier Ghana dan tandatangani kontrak semusim bersama skuad Jang.
.....
Liverpool dilapor dalam rundingan akhir untuk mendapatkan Hugo Ekitike (Yu-goh Eki-ti-kei) dengan nilai melebihi 70 juta pound.
Ini berikutan Eintracht Frankfurt (Ain-trak Frank-fert) tolak tawaran yang sama daripada Newcastle untuk mendapatkan pemain Perancis itu.
The Reds dijangka akan lengkapkan perpindahan itu hujung minggu ini dengan Ekitike terbuka untuk berhijrah ke Anfield.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi