← Back to list
Sze Fei-Nur Izzuddin Hampiri Kejuaraann
Jul 20, 2025
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan di Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.
Beregu lelaki utama negara itu ke final setelah tumpaskan gandingan Taiwan.
Sze Fei-Nur Izzuddin bakal menentang pasangan ranking ke-3 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang sebelum itu singkirkan satu lagi wakil negara Ong Yew Sin-Teo Ee.
Pearly Tan-M Thinaah pula akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan kepada gandingan nombor 2 dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Beregu wanita nombor satu negara itu melangkah ke final Badminton Terbuka Jepun untuk bertemu pilihan utama kejonan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning setelah tumpaskan gandingan tuan rumah malam tadi.
Kemenangan itu menamatkan rekod buruk Pearly-Thinaah yang sebelum ini tewas 13 daripada 14 pertemuan menentang Matsuyama-Shida.
Ikuti kejohanan badminton Terbuka Jepun secara langsung di Astro Badminton, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
---
Skuad badminton negara meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia 2025 di Indonesia apabila belasah Singapura dalam aksi Kumpulan B.
Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengesahkan slot suku akhir dan dijadualkan menentang tuan rumah Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan hari ini.
---
Marcus Rashford semakin hampir untuk berpindah ke Barcelona.
Ini selepas Manchester United diberitakan telah capai persetujuan lisan dengan Barca untuk penyerang itu menyertai gergasi Sepanyol berkenaan secara pinjaman.
Dalam satu lagi perkembangan, Manchester United hampir bersetuju dengan perjanjian untuk jual Jadon Sancho kepada Juventus dengan harga sekitar 21 juta pound.
---
Kelantan Red Warriors (KRW) memperkenalkan 3 pemain import baru termasuk bekas graduan akademi Manchester United, Otis Khan.
Ia sebagai persiapan menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/2026 yang dijadual bermula awal bulan depan.
---
Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan MOM akan menubuhkan Dana Amanah Sukan Negara.
Menurut beliau, ia sebagai satu mekanisme kewangan bagi sokong pembangunan sukan tanah air, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi