← Back to list
NSFC Raih Kemenangan Dramatik Di Paroi
Aug 25, 2025
Negeri Sembilan catat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.
Skuad Jang bangkit daripada ketinggalan untuk tundukkan Selangor 2-1 dalam perlawanan yang cukup dramatik.
Mio Tsuneyasu muncul wira skuad Jang apabila jaringkan dua gol termasuk gol kemenangan yang hadir pada waktu kecederaan.
Aksi lain berkesudahan, JDT tewaskan Kuching City 1-0 dan KL City kalahkan Penang 2-1
.....
Dua wakil negara iaitu beregu lelaki, Arif Junaidi – Yap Roy King dan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Dunia BWF hari ini.
Ikuti secara langsung Kejohanan Dunia BWF bermula 3 petang ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Malaysia cipta sejarah pada temasya Sukan Sea Pekak 2025 apabila berjaya melepasi sasaran 16 pingat emas.
Ini selepas skuad negara berjaya tambah 6 lagi pingat emas pada hari ke-3 kejohanan itu sekali gus raih 21 pingat emas secara keseluruhan setakat ini.
.....
Manchester United gagal raih kemenangan pertama musim ini selepas seri 1 sama dengan Fulham pada aksi EPL.
Emile Smith Rowe muncul penyelamat Fulham apabila jaringkan 1 gol untuk menyamakan kedudukan dengan The Red Devils.
Sementara itu, Everton tewaskan Brighton 2-0 manakala Crystal Palace seri 1 sama dengan Nottingham Forest.
.....
Akhir sekali, Marc Marquez menjuarai MotoGP Hungary mengatasi Pedro Acosta di tempat kedua manakala Marco Bezzecchi di kedudukan ketiga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi