← Back to list
Nik Nazmi Tarik Diri
Aug 28, 2024
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam umum tarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA.
Nik Nazmi Nik Ahmad buat keputusan itu, selepas kabinet memutuskan bahawa anggota pentadbiran tidak boleh bertanding jawatan persatuan sukan.
Namun beliau berikrar terus komited sokong KLFA untuk bawa KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional.
Pada masa sama Nik Nazmi akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers, salah satu kelab gabungan KLFA yang diasaskan beliau pada 2018.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut tawar diri untuk bertanding jawatan sebagai Presiden KLFA pada 7 September ini.
---
Beregu campuran , Tan Kian Meng- Lai Pei Jing mara ke pusingan ke-2 Badminton Terbuka Korea selepas tumpaskan gandingan Amerika Syarikat.
Beregu lelaki Choong Hon Jian-Haikal Nazri pula memulakan kempen mereka dengan kemenangan apabila tumpaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin.
Selain itu, beberapa wakil Malaysia akan turut beraksi hari ini termasuk beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
---
Penjara Enforces mengiringi Sabah Mountaineers melangkah ke suku akhir saingan Divisyen 1 STL 2024.
Ia selepas pasukan itu tewaskan Putrajaya Cyborg untuk muncul naib johan Kumpulan C.
Pada 8.00 malam nanti pula, Kelantan Warriors bakal berdepan Selangor Pistons untuk aksi kumpulan D.
Manakala Perlis Vipers akan menentang Melaka Titans pada 10.00 malam nanti dalam kumpulan A.
Ikuti aksi-aksi Divisyen 1 STL secara langsung di Astro saluran 801.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi