← Back to list
Malaysia ketinggalan 0-2 pada Kejohanan Badminton Piala Uber
Apr 29, 2024
Malaysia ketinggalan 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber.
Ini selepas beregu wanita negara Go Pei Kee-Teo Mei Xing tewas kepada beregu nombor 10 dunia.
Terdahulu, perseorangan wanita negara K Letshanaa kalah straight set pada aksi pembukaan.
Malaysia yang kini berada di tempat ketiga kumpulan perlu kalahkan Thailand untuk hidupkan peluang mara ke suku akhir.
Tonton Kejohanan Badminton Piala Uber secara langsung sekarang di Astro saluran 802 dan 811.
__
Majlis Olimpik Malaysia jangkakan kira-kira 10 lagi atlet akan layakkan diri ke Sukan Olimpik Paris Ogos ini.
Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria berkata atlet tersebut melibatkan sukan memanah dan terjun.
Tambahnya setakat ini seramai 18 atlet sudah layakkan diri ke temasya tersebut termasuk sukan badminton, berbasikal trek dan menembak.
__
MFL sahkan 'Financial Fair Play' akan dilaksanakan pada saingan Liga Malaysia musim ini.
Jelasnya Unit Perlesenan Kelab MFL sudah lakukan kajian mendalam bagi menyesuaikan FFP dengan ekosistem bola sepak negara.
Dalam pada itu, satu bengkel fizikal akan dianjurkan untuk membincangkan peraturan FFP baru dalam masa terdekat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi