← Back to list
Lee Zii Jia tarik diri daripada Terbuka Singapore
May 29, 2024
Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
Ini selepas naib juara Masters Malaysia itu bergelut dengan kekejangan otot sepanjang minggu lalu.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan lawannya dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting peroleh kemenangan percuma dan akan bertemu seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao, pada pusingan kedua esok.
Sementara itu, 3 lagi wekail negara mara ke pusingan kedua hari ini, termasuk gandingan Tan Kian Meng/ Lai Pei Jing.
__
Kelantan Darul Naim FC terima tajaan bernilai 200 ribu ringgit daripada syarikat dari Jepun bagi menghadapi saingan Liga Super.
Presidennya, Rozi Muhamad berkata perjanjian yang telah dimeterai itu merupakan kesinambungan dari musim-musim sebelum ini yang telah terjalin antara kedua pihak.
__
Selangor FC dan Sabah FC akan sertai satu Kejohanan Antarabangsa di Indonesia yang akan berlangsung esok sehingga 2 Jun ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi