← Back to list
COVID-19: Semua aktiviti belia dan sukan ditangguhkan
Mar 14, 2020
COVID-19: Semua aktiviti belia dan sukan ditangguhkan
Foto - Perak Today
Semua perhimpunan, aktiviti belia dan acara sukan yang dianjurkan atau diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan mahupun agensi di bawah seliaannya ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini.
Ia selaras dengan keputusan dan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas dan juga keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai COVID-19, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik.
-----
Roshadi puji aksi terbaik TFC II
Foto - Terengganu FC II
Jurulatih Terengganu FC II, Roshadi Wahab sifatkan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan dalam aksi Liga Premier, malam tadi sebegai persembahan terbaik pasukannya.
Katanya, walaupun mencatat tiga perlawanan tanpa kalah sebelum ini, prestasi pemain belum capai tahap maksimum seperti yang ditunjukkan semalam.
Roshadi dalam pada itu turut memuji persembahan bertenaga skuad kendalian Yusri Che Lah yang disifatkan sebagai bukan lawan yang mudah dan sukar ditundukkan.
-----
Pahang mahu teruskan momentum kemenangan
Foto - Berita Harian
Pahang mahu meneruskan momentum kemenangan ke atas Sabah, Selasa lalu pada aksi Liga Super bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh menganggap perlawanan yang bakal dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong itu sebagai kelebihan untuk melakar kemenangan kedua.
Ini merupakan aksi terakhir buat kesemua pasukan sebelum Liga Malaysia ditangguhkan seketika ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian ekoran penularan COVID-19.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi