← Back to list
Chelsea bangkit untuk tewaskan Aston Villa!
Jun 22, 2020
Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk kalahkan Aston Villa 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris.
Foto : Facebook Chelsea FC
Christian Pulisic menyamakan kedudukan untuk The Blues pada minit ke 6- sebelum Olivier Giroud melengkapkan kemenangan untuk skuad kendalian Frank Lampard 2 minit kemudian.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kukuhkan kedudukan di tempat ke-4 dengan 51 mata, 5 mata di depan Manchester United di kedudukan ke-5.
Foto : Facebook Liverpool FC
Dalam aksi lain, Liverpool sekadar seri tanpa jaringan dengan musuh setempat, Everton. Manakala Newcastle catat kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United yang tamatkan perlawanan dengan 10 pemain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi