← Back to list
Cheng Hoe mahu menang di Gelora Bung Karno!
Aug 27, 2019
Foto : Stadium Astro
Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sasar untuk benam Indonesia pada aksi pembukaan kempen pusingan ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2022, 5 September ini.
Katanya biarpun ia bukan tugas mudah memandangkan anak buahnya akan bertandang ke tempat lawan, keputusan aksi pertama itu akan menentukan corak dan hala tuju skuad negara pada kempen tersebut.
Foto : Stadium Astro
Dalam pada itu, Cheng Hoe sedang pantau rapi pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh yang dikatakan masih belum cergas sepenuhnya selepas alami kecederaan pangkal paha.
Foto : Stadium Astro
Sementara itu, penyerang JDT, Hazwan Bakri tekad untuk merebut tempat dalam skuad negara untuk buktikan kemampuannya.
Ini selepas pemilihannya ke dalam skuad kebangsaan dipersoal memandangkan dia jarang buat penampilan untuk kelabnya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi