← Back to list
Datuk Low Beng Choo ketuai Jawatankuasa Gangguan dan Penderaan Atlet
Mar 28, 2019
Foto - Stadium Astro
Bekas setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Low Beng Choo akan mengetuai Jawatankuasa Gangguan dan Penderaan yang bakal ditubuhkan.
Pesuruhjaya Sukan berkata, pihaknya masih dalam proses membentuk jawatankuasa bebas tersebut untuk menguruskan isu berkaitan dengan gangguan dan penderaan, termasuk gangguan seksual yang dihadapi oleh atlet.
Foto - Stadium Astro
Ketua Kontinjen negara bagi Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin pula berkhidmat selaku timbalan pengerusi manakala Datuk Zaiton Othman akan memegang jawatan setiausaha jawatankuasa itu.
Jawatankuasa itu juga katanya bakal dianggotai oleh beberapa bekas atlet yang terdiri daripada pelbagai kaum dan buat masa ini, mereka berkhidmat secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Foto - Stadium Astro
Tambah PSM, jawatankuasa itu tidak akan dinamakan sebagai jawatankuasa gangguan seksual kerana gangguan atau penderaan ini meliputi pelbagai gangguan termasuk seksual.
Ia berfungsi seperti Talian Nur di mana sekiranya atlet menghadapi penderaan atau gangguan seksual, mereka boleh hubungi jawatankuasa itu menerusi talian yang akan diumumkan kemudian.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi