← Back to list
Esther juara masters wanita, raih emas ke-6 Malaysia!
Oct 31, 2019
Foto : Stadium Astro
Malaysia raih emas ke-6 pada Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-25 di Kuwait!
Ini selepas Esther Cheah muncul juara acara Masters Wanita tumpaskan wakil Korea Selatan, Jung Dawun dengan perbezaan hanya 7 pin.
Kejayaan itu sekaligus mengesahkan Malaysia muncul juara kejohanan itu dengan 6 emas, 1 perak dan 4 gangsa.
Skuad negara turut muncul juara keseluruhan kategori lelaki dengan 3 pingat emas.
Foto : Stadium Astro
2 daripadanya diperoleh menerusi Timmy Tan yang menjuarai acara individu dan all event lelaki manakala trio lelaki negara turut rangkul 1 emas.
Skuad wanita negara pula sumbangkan 2 emas menerusi ratu boling negara, Shalin Zulkifli dalam acara individu wanita manakala trio wanita negara turut raih 1 emas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi