← Back to list
Harimau Malaya asah taring di Jordan
Sep 23, 2021
Harimau Malaya asah taring di Jordan
Foto - Wilayahku
Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Amman, Jordan pada 1 Oktober ini bagi mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.
Anak-anak buah Tan Cheng Hoe dijadual bertemu Jordan pada 6 Oktober diikuti Uzbekistan tiga hari kemudian.
Kunjungan ke Jordan akan disertai beberapa muka baru dari Terengganu, Selangor dan KL City serta pemain yang berpangkalan di luar negara.
-----
Suku akhir memadai buat Kelantan
Foto - Utusan
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi buat pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.
Katanya, sebagai pasukan yang sedang dibaikpulih, layak ke suku akhir sudah memadai asalkan tidak menjadi pasukan belasahan.
Skuad The Red Warriors diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, JDT, Petaling Jaya City dan Sabah.
-----
KRM pilih bekas kapten All Blacks
Foto - Newshub NZ
Kesatuan Ragbi Malaysia melantik bekas kapten All Blacks, Rodney So'oialo sebagai jurulatih skuad ragbi 15 sebelah kebangsaan.
Pelantikan itu bagi menyediakan pasukan menghadapi Kejohanan Ragbi Asia 2021 yang dijadual berlangsung awal tahun depan.
So'oialo yang ketika ini menggalas tugas sebagai jurulatih dalam program kejurulatihan di Sri Lanka di jangka tiba di Malaysia, 31 Oktober ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi