← Back to list
Harimau Malaya cuti panjang?
Mar 09, 2020
Harimau Malaya cuti panjang?
Foto - Stadium Astro
Gara-gara Covid-19, tiga aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 babitkan skuad Harimau Malaya pada Mac dan Jun ini sah ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam berkata, badan induk bola sepak negara itu sudah menerima surat rasmi daripada Konfederasi Bolasepak Asia berhubung penangguhan itu.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe sebelum ini dijadual melengkapkan saingan Kumpulan G dengan bertemu UAE di Dubai pada 26 Mac ini, diikuti Vietnam di Bukit Jalil pada 31 Mac dan Thailand di Bangkok pada 9 Jun depan.
-----
Lapor isu rasis - MFL
Foto - Bernama
Liga Bolasepak Malaysia mahu setiap kelab atau pasukan negeri pantau secara lebih terperinci isu provokasi melampau termasuk serangan berbau penghinaan dan rasis di media sosial.
Menurut MFL, kelab atau pasukan negeri tidak seharusnya menyerahkan kepada pihaknya untuk tindakan susulan namun mereka boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi mengekang daripada insiden berkenaan terus terjadi.
Perkara itu dibangkitkan jurulatih Selangor, B. Sathianathan sewaktu sidang media selepas perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.
-----
Hafizh Syahrin bingung
Foto - Aspar Team
Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah akui menamatkan perlumbaan kelas Moto2 GP Qatar sekadar di tempat ke-19 bukanlah sesuatu yang diharapkannya.
Hafizh yang kini beraksi bersama pasukan Aspar menjelaskan, dia mengharungi minggu yang sukar dan masih gagal untuk memahami jentera Speed Up itu.
Dia yang pernah bersaing dua musim penuh dalam saingan MotoGP pada dua musim terdahulu perlu meraih keputusan terbaik musim ini jika berhasrat kembali ke kelas perdana itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi