← Back to list
Harimau Malaya diseru terus fokus
Nov 15, 2019
Harimau Malaya diseru terus fokus
Foto - Berita Harian
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin ingatkan barisan pemain Malaysia supaya terus fokus, komited dan berjuang dengan semangat tinggi.
Katanya, kemenangan ke atas Thailand menerusi persembahan yang cukup cemerlang di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam harus jadi tonik terbaik buat pemain negara.
Malaysia akan meneruskan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan menentang musuh tradisi, Indonesia juga di Bukit Jalil, Selasa ini.
-----
Kemelut KHM kian meruncing
Foto - New Straits Times
Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia.
Keputusan saat akhir itu buat selepas beliau meluahkan rasa kecewa dengan kemelut serta pelbagai isu yang melanda badan induk berkenaan.
Malah beliau turut membuat satu laporan polis serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat lanjut isu berkenaan.
-----
OCBC Cycle KL warnai ibu negara
Foto - OCBC Cycle KL 2019
Penganjur OCBC Cycle KL 2019 hari ini memperkenalkan laluan rasmi acara berbasikal itu yang akan berlangsung di ibu negara pada 24 November ini.
Edisi kelima tahun ini turut memperkenalkan kategori baru, 21 kilometer dalam kayuhan yang akan turut membawakan tema alam sekitar.
Bermula di Dataran Merdeka, para peserta akan melalui antaranya Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail,, Jalan P. Ramlee, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Kuching sebelum kembali Dataran Merdeka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi