← Back to list
Helmi Azman tekad tangani cabaran di Tangkak
Aug 21, 2020
Helmi Azman tekad tangani cabaran di Tangkak
Foto - Stadium Astro
Juara pusingan pertama kelas CP150, Helmi Azman sedia tangani cabaran pada pusingan kedua kejuaraan Cub Prix Malaysia di Tangkak, Ahad ini.
Menurut Helmi, biarpun tidak begitu menggemari litar itu, dia berharap mampu meraih keputusan podium atau sekurang-kurangnya kedudukan lima terbaik.
Selepas memenangi pusingan pembukaan di Sepang, Helmi mendahului kejuaraan dengan 25 mata, lima mata di depan pelumba AHM Motorsports, Md Khairul Ikhwan Ajis.
-----
Kedah mahu tajamkan taring
Foto - Kedah Football Association
Kedah rancang adakan satu lagi perlawanan persahabatan bagi memantapkan persediaan skuad Lang Merah sebelum Liga Super kembali bersambung, minggu depan.
Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, pihaknya memerlukan satu lagi perlawanan untuk menajamkan taring sebelum pertemuan dengan PDRM, 29 Ogos ini.
Buat masa ini, beliau masih menunggu pengesahan dari pihak pengurusan mengenai pasukan yang sesuai dan mendapat kelulusan MFL dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
-----
Melaka United dituntuk kekal momentum
Foto - Melaka United Soccer Association
Pembantu jurulatih Melaka United, Mohd Noor Derus lega apabila skuad Sang Kancil menewaskan FELDA United 4-0 pada aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
Baginya, keputusan terbabit menggambarkan pemain semakin serasi dengan susunan taktikal Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan dengan menterjemah corak permainan yang membanggakan.
Justeru, beliau mahu momentum itu diteruskan apabila bertemu Perak, minggu depan selepas mencatat rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi