← Back to list
Irfan Shamsuddin gagal pertahan pingat ATF
Apr 22, 2019
Foto - Stadium Astro
Jaguh lempar cakera, Irfan Shamsuddin gagal pertahankan pingat pada Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar, semalam.
Irfan yang disenaraikan Majlis Sukan Negara untuk meraih pingat di kejohanan itu sekadar di kedudukan kesembilan dengan catatan terbaik 55.18 meter.
Foto - Stadium Astro
Mengikut format kejohanan, hanya lapan atlet terbaik selepas tiga lontaran, dibenarkan membuat enam lontaran penuh untuk merebut pingat yang ditawarkan.
Untuk rekod, Irfan adalah pemenang pingat perak pada kejohanan ATF 2017 di Bhubaneswar, India dengan rekod 60.96 meter.
Foto - Stadium Astro
Jaguh lompat kijang negara, Hakimi Ismail dalam pada itu layak ke peringkat akhir selepas melakukan lompatan sejauh 16.08m pada lompatan terakhir.
Dengan jarak lompatan yang dilakukan, Muhammad Hakimi menduduki tempat keempat daripada 12 peserta yang layak beraksi di fina yang dijadualkan berlangsung lewat malam ini waktu Malaysia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi