← Back to list
JDT Kembali Beraksi Dalam Saingan Liga Juara-Juara Asia, Oktober Depan!
Jul 10, 2020
JDT akan kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim ini bermula Oktober depan!
Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia mengumumkan jadual kejohanan berkenaan menerusi laman sesawangnya.
Skuad Harimau Selatan akan berdepan juara 2 kali, Guangzhou Evergrande dari China pada 17 Oktober selepas saingan itu ditunda sejak Mac akibat pandemik COVID-19.
Kesemua perlawanan Liga Juara-Juara Asia juga akan dijalankan di satu venue berpusat yang akan diumumkan AFC nanti.
Sementara itu, MFL sedia beri pertimbangan kepada JDT untuk kekal beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Menurut MFL, ia ekoran pertembungan jadual antara kejohanan tersebut dengan saingan Liga Juara-Juara Asia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi