← Back to list
JDT diundi dalam kumpulan G Liga Juara-Juara Asia
Jan 27, 2021
Foto: AFC
JDT diundi dalam kumpulan G untuk saingan Liga Juara-Juara Asia musim ini.
Skuad Harimau Selatan itu akan berdepan Jiangsu FC daripada China, kelab Jepun, Nagoya Grampus dan salah satu pemenang playoff nanti.
Foto: AFC
Sementara itu, saingan Piala AFC pula menyaksikan Kedah diundi dalam kumpulan H dan Terengganu FC pula dalam kumpulan I.
Saingan Liga Juara-Juara Asia akan bermula pada April manakala Piala AFC pula pada 22 hingga 28 Jun dan kedua-duanya akan diadakan di venue khusus yang akan ditentukan kemudian.
Foto: Stadium Astro
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan Liga Malaysia boleh tawarkan diri untuk jadi tuan rumah saingan Liga
Juara-Juara Asia dan Piala AFC musim ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John selepas persatuan tersebut mengesahkan kedua-dua saingan tersebut akan dilangsungkan di venue khusus.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi