← Back to list
JDT dominasi pencalonan ABK2019
Nov 12, 2019
JDT dominasi pencalonan ABK2019
Foto - JohorSouthernTigers
Juara Liga Super dan Piala Malaysia, JDT dominasi pencalonan beberapa kategori utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019.
Terbaru, Safawi Rasid tersenarai untuk calon akhir kategori Penyerang Terbaik manakala Gonzalo Cabrera dan Diogo Luis Santo tercalon bagi ketegori Pemain Import Terbaik.
Terdahulu, Farizal Marlias tercalon untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Corbin Ong bagi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.
-----
Safuwan tinggalkan Tok Gajah
Foto - affsuzukicup.com
Pemain import Pahang, Safuwan Baharudin mengesahkan, dia tidak lagi bersama skuad Tok Gajah musim depan.
Pemain kebangsaan Singapura itu mendedahkan, kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 2020 ditamatkan setahun lebih awal.
Kejayaan manis pemain pertahanan berusia 28 tahun itu ialah membantu Pahang menjulang Piala FA, musim lalu.
-----
Syed Saddiq kecewa kemelut MPM
Foto - Stadium Astro
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan kegagalan Majlis Paralimpik Malaysia selesaikan konflik dalaman badan induk terbabit.
Namun katanya, Selaku menteri beliau cuba tidak mahu campur tangan dan mahu ia diselesaikan mengikut peraturan sedia ada.
Difahamkan, status bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia menimbulkan masalah kepada proses pencalonan kepimpinan baru MPM.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi