← Back to list
JDT kekal rekod tanpa kalah!
Jul 07, 2019
JDT kekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super musim ini selepas benam tuan rumah, Perak 3-0.
Foto - Stadium Astro
Pemain import, Leandro Velasquez jaringkan 2 gol manakala Akhyar Rashid ledak 1 gol untuk skuad Harimau Selatan.
Difahamkan, JDT yang sah bergelar juara liga musim ini mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dengan berbaki 3 perlawanan lagi.
Aksi lain berkesudahan,
Pahang tumpaskan Kuala Lumpur 2-0 manakala Melaka United tundukkan tuan rumah, PJ City FC 2-1.
Beralih ke Liga Premier, N. Sembilan melonjak ke tangga ke-4 selepas benam tuan rumah, Sarawak 4-2.
Foto : Stadium Astro
Terengganu FC II sekadar seri tanpa jaringan dengan Pulau Pinang manakala PDRM tewaskan UiTM FC 2-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi