Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

berita sukan

← Back to list

Jackie Wong positif COVID-19

Mar 16, 2020


Jackie Wong positif COVID-19

Foto - BAH NEWS

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sahkan, jaguh baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong Siew Cheer menjadi atlet Malaysia pertama dijangkiti COVID-19. 

Presiden KOM, Datuk SM Muthu maklumkan, pemegang rekod kebangsaan itu disahkan dijangkiti virus berkenaan menerusi keputusan ujian yang dikeluarkan oleh Hospital Sibu, Sarawak, awal pagi ini.

Wong disyaki dijangkiti virus berkenaan ketika melawat bapanya yang merupakan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19, baru-baru ini.

-----

MPM mahu APG ditangguh

Foto - New Straits Times

Majlis Paralimpik Malaysia cadangkan supaya Sukan Para ASEAN Filipina ditangguh sehingga selesai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Ogos depan supaya tidak mengganggu persediaan atlet.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, adalah baik APG diadakan selepas September kerana penularan COVID-19 menyaksikan banyak acara sukan termasuk kejohanan kelayakan Paralimpik ditangguh dan dibatalkan.

Selain itu tegasnya, sekiranya edisi ke-10 APG itu diadakan dalam tempoh hampir sebelum Paralimpik, Malaysia mungkin tidak dapat menghantar atlet ke APG kerana akan mengganggu persediaan ke Tokyo.

-----

MFL bersedia jika Liga M tertangguh sehingga Jun

Foto - Malaysian Football League

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum memutuskan mengenai tempoh penangguhan saingan Liga Malaysia 2020 yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, tempoh penangguhan itu tertakluk kepada saranan dan panduan daripada Kementerian Kesihatan berdasarkan keadaan semasa dan tahap ancaman wabak penyakit berjangkit itu.

Namun katanya, MFL selaku badan pentadbir Liga-M mempunyai perancangan teliti sekiranya perjalanan liga domestik terpaksa ditangguhkan sehingga Jun.


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi