← Back to list
Jadual baru Liga M: FAM perlu seiring dengan MFL
Mar 28, 2020
Jadual baru Liga M: FAM perlu seiring dengan MFL
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat 1 Jun sebagai tarikh paling sesuai untuk saingan Liga-M disambung semula selepas kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.
Namun, pihaknya akan pastikan apa jua keputusan yang akan dibuat seiring dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya tiada pertindihan jadual di antara kalendar FIFA dan Liga Malaysia 2020.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, perkara itu perlu mempunyai perbincangan lebih awal di antara kedua pihak supaya tidak timbul masalah pelepasan pemain daripada kelab dan pasukan.
-----
Jackie Wong belum bebas COVID-19
Foto - BahNews
Kesatuan Olahraga Malaysia berkata, jaguh balik tukul besi negara, Jackie Wong masih lagi dibelenggu wabak COVID-19 namun dalam keadaan stabil.
Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, Jackie masih lagi dalam rawatan apabila pemeriksaan kali kedua mendapati dia masih lagi positif wabak itu.
Jackie terdahulu menjadi atlet pertama didapati positif COVID-19 menerusi ayahnya dan kini dikuarantin di Hospital Sibu sejak seminggu lalu.
-----
Atlet SUKMA Terengganu bebas COVID-19
Foto - Sports247
Kesemua hampir 700 atlet SUKMA Terengganu disahkan bebas daripada wabak COVID-19 dan tiada seorang pun dikuarantin.
Justeru, kerajaan negeri menasihatkan kesemua atlet supaya mematuhi arahan Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Perintah Kawalan Pergerakan.
Atlet juga diminta terus melakukan latihan di kediaman masing-masing mengikut modul dan program khas yang disediakan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi