← Back to list
Jalin silaturahim Aidilfitri dengan kecanggihan teknologi - FAM
May 24, 2020
Jalin silaturahim Aidilfitri dengan kecanggihan teknologi - FAM
Foto - BH Plus
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak negara menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi untuk menjalin silaturahim di Hari Raya.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, walaupun sambutan Aidilfitri berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, ia tetap perlu disambut dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran.
Pada masa sama, beliau turut berharap agar pandemik COVID-19 segera berakhir dan aktiviti bola sepak negara dapat diteruskan seperti sediakala.
-----
Majlis Paralimpik Malaysia selar APSF
Foto - Majlis Paralimpik Malaysia
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selar tindakan Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) membatalkan Mesyuarat Tergempar Lembaga Pengelola badan induk itu yang dijadual berlangsung semalam.
MPM sifatkan tindakan itu seolah-olah tidak profesional kerana APSF membatalkan mesyuarat itu yang diadakan untuk membincangkan hala tuju Sukan Para Asean 2020, tanpa menyatakan alasan kukuh.
Malah ia juga seolah-olah membuktikan tuan rumah asal APG 2020 iaitu Filipina tidak matang selepas membuat ketetapan untuk membatalkan penganjuran temasya itu atas alasan krisis pandemik COVID-19.
-----
MSNT beri amaran kepada atlet tak patuh SOP
Foto - Majlis Sukan Negeri Terengganu
Majlis Sukan Negeri Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet yang tidak mematuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM ketika menjalani latihan di luar rumah.
Katanya tindakan tegas akan diambil kepada atlet yang melanggar SOP berkenaan termasuk tidak akan membenarkan mereka meneruskan sesi latihan di luar.
Setakat ini, hanya sukan berbasikal sahaja sudah menjalani latihan di luar manakala sukan lain yang tidak melibatkan sentuhan bakal menyusul selepas Aidilfitri dengan SOP yang ketat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi