← Back to list
KL dan PKNP FC tersingkir ke saingan Liga Premier.
Jul 22, 2019
Skuad Kuala Lumpur dan PKNP FC tersingkir ke saingan Liga Premier tahun depan.
Ini selepas kedua-dua pasukan itu tamatkan musim ini pada kedudukan tercorot carta Liga Super.
Pada aksi terakhir musim malam tadi, Kuala Lumpur tumpas 1-2 kepada Perak dan PKNP kalah 0-1 kepada PJ City FC.
Keputusan lain menyaksikan, Felda United kalahkan Kedah 5-1.
Sementara itu, FAM nafi wujud elemen pilih kasih hingga kelayakan Pulau Pinang ke Liga Super musim depan ditarik balik susulan pemotongan enam mata oleh FIFA.
Tegasnya, kegagalan FA Pulau Pinang ke liga tersebut adalah disebabkan gagal jelaskan tuntutan bekas pemain import Brazil, Reinaldo Lobo selama tiga musim dari 2015-2017.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi