← Back to list
Kem latihan Harimau Malaya mula lebih awal
May 12, 2020
Foto : Stadium Astro
FAM cadang untuk memanggil pemain ke kem latihan skuad kebangsaan lebih awal menjelang
aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Oktober depan.
Presidennya berkata inisiatif itu bagi memberikan pengendali, Tan Cheng Hoe lebih masa untuk
mempersiapkan skuad Harimau Malaya.
Ia ekoran penggantungan perlawanan yang dihadapi saingan Liga Malaysia ekoran pandemik COVID-19.
Datuk Hamidin Mohd Amin juga berharap skuad kebangsaan sempat harungi aksi
persahabatan dengan Bahrain sebelum berdepan UAE di tempat lawan nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi