← Back to list
Latihan pusat Harimau Malaya dijankga tampil muka lama
Jan 05, 2021
Latihan pusat Harimau Malaya dijankga tampil muka lama
Foto -
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan memanggil sebahagian besar pemain yang sudah bersama skuad kebangsaan untuk kem latihan pusat, pertengahan bulan ini.
Ini kerana beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk menilai pemain baru memandangkan saingan Liga Malaysia berlangsung agak singkat musim lalu.
Tambah Cheng Hoe, kem latihan kali ini juga mungkin tidak melibatkan sebarang aksi persahabatan bagi mengelakkan risiko kecederaan dalam kalangan pemain.
-----
Danial Syahmi bakal buar kemunculan semula di ATC
Foto - Bernama
Danial Syahmi Ahmad Shahril sedia buat kemunculan semula pada perlumbaan Asia Talent Cup dan Kejuaraan Motosikal Asia, musim ini.
Malah, pelumba SIC Racing Team itu sasar duduki kelompok tiga terbaik ATC dan kedudukan lima terbaik dalam kelas AP250 di ARRC.
Danial Syahmi terpaksa berehat panjanng ekoran kemalangan ngeri pada perlumbaan terakhir ATC 2018 di Litar Antarabangsa Sepang.
-----
Young Tigress tagih pengalaman Rabiatul Adawiyah
Foto - Harian Metro
Jurulatih skuad Young Tigress, A. Kannagi tagih khidmat pemain kebangsaan, Rabiatul Adawiyah Mohamed untuk membantu membimbing pemain muda dalam menghadapi saingan Liga Hoki Wanita Kebangsaan.
Beliau percaya, pengalaman luas yang dimiliki Rabiatul bersama skuad wanita kebangsaan sebelum ini menjadi aset penting, dalam membimbing barisan pemain muda Young Tigress.
Tambah Kannagi, fokusnya ketika ini adalah memperbaiki kemahiran selain mendapatkan keserasian permainan dalam kalangan pemain yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar sekolah sukan serta beberapa buah universiti awam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi