← Back to list
Lebih 130 atlet lagi negatif COVID-19
Jun 11, 2020
Foto : Stadium Astro
Lebih 130 lagi peserta program latihan Road To Tokyo disahkan negatif COVID-19!
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan perkara tersebut semalam selepas memperoleh keputusan ujian pertama wabak berkenaan.
Tambahnya, 11 lagi keputusan membabitkan pegawai atau atlet 'rakan pelatih' masih belum diketahui.
Datuk Ahmad Shapawi turut maklumkan atlet di Pusat Latihan Kompleks Sukan Negra Bukit Jalil akan mulakan latihan mereka hari ini.
Dalam pada itu, MSN sedang menyiapkan SOP bagi atlet yang tidak terlibat dengan program latihan Road To Tokyo untuk jalani latihan mulai 15 Jun ini.
Pihaknya turut minta para atlet pertimbangkan semula hasrat kembali berlatih di MSN kerana tidak menyediakan penginapan dan aspek pengangkutan untuk mereka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi