← Back to list
Lee Zii Jia singkirkan bekas juara dunia
Sep 26, 2019
Badminton Terbuka Korea: Lee Zii Jia singkirkan bekas juara dunia
Foto - Malay Mail
Lee Zii Jia mara ke suku akhir badminton Terbuka Korea, selepas mengejutkan bekas juara dunia, Viktor Axelson dari Denmark.
Namun tugas getir menanti pemain berusia 21 tahun itu esok, apabila dia jadual menentang jaguh Jepun, Kento Momota.
Namun, Liew Daren yang cemerlang menyingkirkan Lin Dan semalam, tewas kepada pemain India sementara beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong juga kandas.
-----
Kerajaan negeri Terengganu penaja utama Tour of Peninsular
Foto - Pulse Media Communications
Kerajaan negeri Terengganu diumum sebagai penaja utama jelajah basikal Tour of Peninsular yang akan berlangsung dari 15 hingga 19 Oktober ini.
Perlumbaan itu akan membawa jenama Visit Beautiful Terengganu ke serata dunia melalui siaran 'live streaming'.
Kerajaan Negeri Terengganu tidak asing lagi dalam sukan berbasikal kerana turut memberi sokongan kepada pasukan benua tanah air, Terengganu Cycling Team.
-----
Khairul Amri ucap selamat tinggal kepada Skuad Singa
Foto - Fox Sports Asia
Penyerang veteran Singapura, Khairul Amri Mohammad Kamal bersara dari pentas antarabangsa pada usia 34 tahun.
Pemain import Felda United itu membuat 132 penampilan sepanjang 15 tahun berkhidat bersama skuad Singa.
Khairul Amri buat penampilan sulung bersama Singapura pada 2004 dan menjaringkan gol kemenangan pada final Piala AFF menentang Indonesia pada tahun itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi