← Back to list
Luqman Hakim akan terbang ke Belgium
Jun 10, 2020
Luqman Hakim akan terbang ke Belgium
Foto - Fox Sports
Luqman Hakim Shamsudin sahkan, dia sudah mendapat panggilan daripada KV Kortrijk untuk sertai kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu, minggu depan.
Penyerang skuad bawah 18 tahun negara itu beritahu BH Online, dia akan mohon kebenaran selepas kerajaan benarkan rakyat Malaysia ke luar negara.
Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari mengikat kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk namun ia hanya temetrai Mac lalu selepas dia berusia 18 tahun.
-----
Tiada rancangan tambah bilangan pasukan Liga-M
Foto - BH Plus
Persatuan Bola Sepak Malaysia belum ada perancangan untuk menambah bilangan pasukan bertanding dalam dua saingan liga utama iaitu Liga Super dan Liga Premier, ketika ini.
Sebaliknya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk itu dan MFL mungkin akan mengurangkan jumlah pasukan kekangan kewangan dihadapi.
Bagaimanapun katanya, setakat ini kesemua 12 pasukan dalam Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana akan dikekalkan demi menjaga kualiti pertandingan.
-----
Promoter Cub Prix rayu KBS
Foto - Bikes Republic
Promoter kejuaraan Cub Prix Malaysia berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi kelonggaran kepada sukan permotoran untuk menganjurkan perlumbaan lebih awal.
Katanya, kesemua 1,400 pekerja yang terbabit dengan perlumbaan itu semakin 'tenat' sekiranya masih belum mendapat lampu hijau untuk menganjurkan perlumbaan.
Katanya, jika tiada perlumbaan, ia akan menjejaskan pendapatan kru pasukan serta pelumba kerana kebanyakan mereka tidak akan dibayar gaji oleh penaja pasukan masing-masing.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi