← Back to list
Malaysia Bangkit Benam Kepulauan Solomon 4-1.
Jun 15, 2023
Malaysia Bangkit Benam Kepulauan Solomon 4-1.
Kim Pan Gon gembira anak buahnya berjaya atasi Kepulauan Solomon dengan kemenangan besar 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
Pengendali skuad Harimau Malaya itu puji kebangkitan yang dicipta pemain ketika skuad negara ketinggalan 0-1 pada minit ke-11 perlawanan.
Paulo Josue menyamakan kedudukan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-40 sebelum Arif Aiman membuka akaun jaringannya bersama skuad Harimau Malaya menerusi sepakan penalti pada hujung babak pertama.
Pada babak kedua, 2 pemain gantian Safawi Rasid dan Lee Tuck masing-masing jaringkan 1 gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara.
Malaysia akan berdepan Papua New Guinea di venue sama, Selasa depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi