← Back to list
Malaysia Berpeluang Tambah Kutipan Pingat!
Aug 31, 2021
Sukan Paralimpik Tokyo: Yusof Hafizi raih tempat ke-5
Pelumba basikal lebuh raya para negara, Yusof Hafizi Shaharuddin tamatkan acara ujian masa C1 di tempat ke-5 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Pencapaian Yusof Hafizi boleh dibanggakan memandangkan ini merupakan penampilan pertamanya pada temasya tersebut.
Dalam pada itu, kontinjen negara dijangka mampu menambah kutipan pingat hari ini apabila jaguh lontar peluru, Ziyad Zolkefli akan beraksi petang ini.
Namun, Ziyad bakal berdepan pencabar utamanya dari Ukraine yang menjuarai Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai pada 2019.
Atlet negara turut akan beraksi hari ini ialah Chew Wei Lun dalam acara suku akhir Boccia dan Siti Nor Iasah dalam acara pecut 400 meter wanita.
Tiada perubahan terhadap imbuhan atlet para
Imbuhan yang bakal diterima atlet para negara pada temasya Paralimpik Tokyo akan dikekalkan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kejayaan meraih pingat pada temasya itu dianggap lebih bernilai daripada ganjaran tersebut.
Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan, atlet yang meraih emas pada temasya itu akan terima ganjaran 1 juta ringgit, 300 ribu ringgit untuk perak dan 100 ribu ringgit untuk gangsa.
Willian sah tinggalkan Arsenal
Willian sah akan tinggalkan Arsenal selepas kedua-dua pihak bersetuju kontraknya ditamatkan.
Pemain tengah itu akan menyertai kelab Brazil, Corinthians.
Willian turut memohon maaf kepada penyokong The Gunner kerana gagal pamer prestasi terbaiknya bersama pasukan itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi