← Back to list
Malaysia Juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia!
Feb 21, 2022
Malaysia menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia!
Skuad lelaki negara kalahkan Indonesia 3-0 pada aksi final.
3 mata berharga disumbangkan oleh Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ng Tze Yong.
Ini merupakan kali pertama Malaysia muncul juara sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2016.
Dalam pada itu, Lee Zii Jia enggan terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Jelas jaguh perseorangan lelaki negara itu, kejayaan tersebut sedikit sebanyak dibantu oleh keputusan negara lain membariskan pasukan kedua.
Fokus kini katanya adalah mempersiapkan diri untuk Piala Thomas yang mana pasukan lain pastinya akan membariskan pemain terkuat mereka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi