← Back to list
Malaysia Layak Ke Piala Asia B-23 Tahun Depan.
Nov 01, 2021
Brad Maloney puji persembahan anak buahnya sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun di Mongolia.
Pengendali skuad B-23 negara itu berkata semua pemain menunjukkan komitmen dan disiplin tinggi menerusi 3 aksi tanpa kekalahan dan tanpa bolos yang menakjubkan.
Malaysia muncul juara kumpulan J selepas terikat tanpa jaringan dengan Thailand pada aksi terakhir kempen kelayakan semalam.
Skuad negara juga menang 1-0 ke atas Laos dan tuan rumah, Mongolia pada perlawanan minggu lepas.
Keputusan itu sekaligus melayakkan Malaysia ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, tahun depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi